Melamin merupakan bahan yang di gunakan dalam pembuatan plastik dan sudah tentu ia tidak hadam apabila di makan ( ini merupakan pandangan saya ).Bayangkan bagaimana sesuatu benda yang tidak hadam di minum di berikan kepada bayi tidak tahu apa-apa!
Di sinilah pentingnya kesedaran bagaimana susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi!Bukan susu lembu , soya atau apa saja yang di buat dari bahan mentah. Jika anda tiada masalah dalam menyusukan bayi seperti saluran susu yang tersumbat, melecet atau sebagainya anda patut memberikan yang terbaik buat mereka. Oleh itu mari kita lihat antara 4 kelebihan susu ibu :
- Susu ibu mengandungi antibodi - Kolustrum yang di keluarkan dari susu ibu mengandungi antibodi dalam menentang bakteria. Ia dapat menahan bayi anda dari ancaman penyakit lebih-lebih lagi sekarang ini macam-macam penyakit yand dulu jarang-jarang di hidapi oleh rakyat di Malaysia ( sebab itulah susu kolustrum yang banyak di jual dalam bisnes MLM sangat popular ).
- Menyusukan bayi mempercepatkan proses pengecutan rahim.- Semakin aktif anda menyusukan bayi anda, semakin cepat rahim anda mengecut. Anda selalunya akan rasa kurang selesa jika rahim masih besar dan tidak mengecut.
- Meransang pengeluaran susu dengan lebih banyak.-Susu ibu akan keluar dengan lebih banyak jika anda menyusukan bayi anda.Ini bermakna anda tak perlu bergantung pada susu tepung kerana ada ada susu tepung ( kebanyakannya susu lembu ) yang kurang sesuai dengan bayi menyebabkan mereka alah ( bayi asyik muntah ).
- Merapatkan hubungan ibu dan anak- Tahukah anda bayi anda akan terasa di sayangi dan selamat setiap kali anda mendakapnya ketika menyusukan mereka ( bau anda juga mereka kenal ). Hubungan anda dan bayi juga akan lebih rapat .
Selain daripada kebaikan di atas anda bukan saja dapat menjimatkan wang( sebab tak perlu beli susu tepung yang bukan saja kurang selamat sekarang ini) malah tak perlu pula bawa botol susu kemana saja anda pergi kerana segalanya telah tersedia !
Article from: http://mysetbersalin.com/blog/2008/10/melamin-dalam-susu-tepung-dan-kelebihan-susu-ibu/







