Teman-teman yang dikasihi,
PilihanIbu.com diinspirasikan oleh pengalaman indah kami sendiri dalam meneruskan perjuangan penyusuan bayi dengan status ibu bekerjaya. PilihanIbu.com membuktikan bahawa ibu bekerjaya mampu melestarikan "konsep penyusuan ibu - tanpa susu formula" walaupun terdapat pelbagai masalah dan kekangan.
Ilmu dan pengalaman seorang ibu dalam memastikan anak-anak mendapatkan susu yang terbaik di dunia ini merupakan cabaran yang ingin kami kongsi bersama di sini. Sesungguhnya ciptaan Allah : "SUSU TERBAIK..adalah SUSU IBU".
Di samping melayari koleksi artikel kami, PilihanIbu.com juga membawa pengguna menyelami pengalaman ibu-ibu lain yang menyokong penyusuan ibu.
Produk-produk yang diketengahkan juga merupakan di antara produk terbaik di pasaran. Ini dibuktikan melalui pemerhatian, pembacaan serta pengalaman kami dan pengguna yang lain. Di laman web ini, anda boleh melayari produk-produk terbaru yang mampu membantu anda memastikan tahap kesihatan anak-anak terjaga seperti botol Anti Colic MAM (terbukti mengelakkan kembung pada bayi).
Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan, kami boleh dihubungi melalui email atau telefon seperti yang tertera di bawah. Tiada sebarang caj dikenakan, konsultasi adalah percuma.
Diharap PilihanIbu.com menjadi pilihan semua dalam memberikan "hanya yang terbaik" untuk keluarga tersayang.
Salam Perkenalan.







