Teman-teman yang dikasihi,
PilihanIbu.com diinspirasikan oleh pengalaman indah kami sendiri dalam meneruskan perjuangan penyusuan bayi dengan status ibu bekerjaya. PilihanIbu.com membuktikan bahawa ibu bekerjaya mampu melestarikan "konsep penyusuan ibu - tanpa susu formula" walaupun terdapat pelbagai masalah dan kekangan.
Ilmu dan pengalaman seorang ibu dalam memastikan anak-anak mendapatkan susu yang terbaik di dunia ini merupakan cabaran yang ingin kami kongsi bersama di sini. Sesungguhnya ciptaan Allah : "SUSU TERBAIK..adalah SUSU IBU".



















